Tiada Jaminan 'BERSATU' Sokong Anwar di Port Dickson | Edisi MG 14 September 2018
  • 5 years ago
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Port Dickson memberi amaran kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid supaya tidak turun berkempen di kawasan itu ekoran mereka masih terkesan dengan kedua-duanya yang kerap membuat tuduhan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin mahu menjatuhkan Anwar secara tidak bermaruah.

Penyelaras BERSATU bahagian Port Dickson, Ramli Awang, mendakwa pihaknya tidak dapat menjamin sokongan lebih 2,000 ahli parti di kawasan berkenaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika kedua-dua pemimpin PKR terbabit berdegil.

Ramli Awang mengulas bahawa kehadiran Rafizi Ramli dan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid hanya akan memburukkan keadaan kerana sebahagian ahli BERSATU sudah terguris hati dengan tuduhan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin selama ini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended