Anwar Pertimbang Pelawaan Ahli Parlimen | Edisi MG 9 OGOS 2018
  • 5 years ago
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak tergesa-gesa untuk menjadi Perdana Menteri dan tidak mahu dilihat sebagai pihak yang mahu menekan kerajaan yang baru ditubuhkan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada sidang media di Ibu Pejabat PKR bahawa beliau akan sokongan penuh kepada Dr Mahathir untuk mengemudi kerajaan tanpa sebarang tekanan.

Mengulas tindakan Ahli Parlimen PKR yang sanggup mengosongkan kerusi mereka untuk Anwar, beliau berkata, ‘pelawaan’ itu masih diteliti dan beliau juga mengakui tidak berasa janggal dengan permintaan Ahli Parlimen tertentu yang mempelawanya mengambilalih kerusi mereka.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended