100 Hari Manifesto PH Gagal Jadi Fokus Pas di Seri Setia | EDISI MG 16 OGOS 2018
  • 5 years ago
Pas akan membawa isu Janji 100 Hari yang tidak ditepati dalam manifesto Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia pada 8 September ini.


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kitab suci menyatakan janji wajib ditepati, jadi rakyat perlu buat perhitungan dalam PRK pada 8 September ini untuk pilih wakil rakyat yang mampu perjuang dan sampai mesej kuat walaupun PAS tidak boleh tubuh kerajaan.


Ditanya mengenai kesediaan UMNO untuk turun berkempen untuk calon Pas, Abdul Hadi mengalu-alukan pertolongan semua pihak bukan sahaja UMNO malah ahli-ahli PH sama ada PKR, DAP, Parti Amanah Negara atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika ada yang sudah berubah pendirian.



Pengarah dan pereka fesyen Azhar Zainal menggalakkan pereka tempatan supaya jangan takut untuk menghasilkan busana untuk golongan bertubuh besar atau ‘plus size’ kerana bimbang akan rugi.


Pereka muda yang bakal menyertai Borneo Fashion Week pada 7 hingga 9 September nanti berkata, idea untuk mengetengahkan busana untuk golongan ‘plus size’ tercetus apabila isterinya sukar untuk mendapatkan baju.


Bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Jenama Azhar Zainal semalam, beliau berkata sepatutnya golongan ‘plus size’ tidak hanya dianggap golongan minoriti lagi di dalam negara, sebaliknya perlu diberi layanan yang sama khususnya dalam berfesyen.



Sedikit berita menarik perkembangan Juara Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), Azharina Azhar yang kini menampilkan kelainan dalam meneburi bidang perniagaan apabila menjual kepak ayam resepi Borneo selain berjinak-jinak dengan produk kecantikan organik.


Beliau tidak menyangka perniagaan kecil-kecilannya yang berusia seminggu sudah mendapat sambutan yang baik sehinggakan penyanyi lagu Elegi Sepi itu membuat keputusan untuk memperkembangkannya.


Menyentuh tentang single terkini, bekas juara Bintang RTM 2001 itu mengumumkan akan keluarkan ‘buah tangan’ terbaharunya dalam genre power balad bertajuk Lakar Janji yang juga disifatkannya sebagai mencabar kemampuan dirinya sebagai penyanyi yang sebelum ini dikenali memiliki suara tinggi.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended