Mat Sabu - PLKN Bakal Dihentikan | Edisi MG 2 OGOS 2018

  • 5 years ago
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pada sesi waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini mendakwa berlaku ketirisan daripada perbelanjaan program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dimana melalui pemeriksaan mendapati 43 peratus daripada kos keseluruhan RM8 bilion yang dibayar hanya untuk sewa kem.


Mohamad Sabu turut menambah, pembatalan program PLKN turut terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan berikutan program yang dimulakan sejak 2004 itu dilihat tidak mencapai objektif dan bersifat pembaziran, namun jika terdapat desakan agar program tersebut diteruskan, kerajaan akan memastikan kos operasinya tidak terlalu tinggi sepertimana dilakukan oleh pentadbiran lepas.


Sejak program PLKN dimulakan pada 2004, seramai 885,956 belia dilatih dan 356,411 bekas pelatih menyertai briged sukarelawan khidmat negara yang ditubuhkan agar mereka meneruskan sumbangan tenaga secara sukarela.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended