PAS Perhebatkan Jentera DUN Seri Setia | Edisi MG 27 Ogos 2018
  • 5 years ago
HARI kesembilan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Pas mula memperhebatkan jenteranya turun ke semua Pusat Dalam Mengundi (PDM) bagi memastikan calonnya dalam menyeimbangkan majoriti yang tertinggal jauh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui gerak kerja Pas agak perlahan bermula hari pertama kempen selepas hari penamaan calon pada 18 Ogos lalu, berikutan persediaan menyambut Hari Raya Aidiladha namun kini semua program kempen sama ada di peringkat zon dan peringkat tertinggi diselaraskan secara teratur dan harmoni.

Selain UMNO, menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, MIC dan NGO juga turut turun membantu dan mereka bergerak bersama calon PAS serta mengikut parti masing-masing dengan satu matlamat, iaitu agar pengundi mengundi calon Pas pada PRK DUN Seri Setia 8 September ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended