KBS Siasat Bajet Sukan SEA Tahun Lepas | EDISI MG 2 OGOS 2018
  • 5 years ago
Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Steven Sim berkata bahawa KBS kini dalam proses menyiasat penyelewengan dan mengenal pasti individu terbabit dalam pemberian rundingan secara terus tanpa melalui tender terbuka.


Katanya, banyak projek penganjuran Sukan SEA yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah tahun lalu, juga tidak mengamalkan tender terbuka, namun tidak mendedahkan kos sebenar yang terbabit.


Bercakap pada sidang media di Lobi Parliment tengahari tadi,Steven Sim memberitahu bahawa walaupun selepas pegawai KBS ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan penyelewengan wang kementerian berjumlah RM100 juta pada 2016, tiada pembaharuan dilakukan.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended