Jasa Isa Samad beri Kelebihan di Port Dickson | Edisi MG 2 Oktober 2018
  • 5 years ago
Jasa Tan Sri Mohd Isa Samad kepada masyarakat Port Dickson dilihat kelebihan yang ada bagi calon Bebas itu untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) termasuk dalam kalangan ahli UMNO kerana hanya orang Port Dickson sahaja yang dapat mendalami senario penduduk di daerah itu.

Ketua UMNO Bahagian Port Dickson, Mohd Faizal Ramli berkata, jasa yang ditabur bekas Ahli Parlimen Teluk Kemang (Port Dickson) memang tidak boleh disangkal apatah lagi beliau adalah satu-satunya calon tempatan yang bertanding.

Mohd Faizal bagaimanapun berkata, bagi ahli UMNO, mereka perlu akur dengan ketetapan parti untuk tidak terbabit dalam jentera kempen bagi mana-mana calon yang bertanding walaupun tiada halangan untuk keluar mengundi 13 Oktober nanti.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended