Rosmah beri keterangan di SPRM | EDISI MG 5 JUN 2018
  • 5 years ago
Kira kira 100 pengamal media termasuk jurugambar menbanjiri SPRM seawal 7 pagi bagi membuat liputan kehadiran isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd (anak syarikat 1MDB).


Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba menaiki sebuah Mercedes berwarna gangsa ditemani anak perempuan nya kira kira 10.45 pagi tadi dan diiringi masuk ke bangunan ibu pejabat SPRM oleh pegawai pegawai SPRM.


Terdahulu selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta SPRM untuk memberi keterangan mengenai kes SRC International manakala Jumaat lalu, SPRM mengarahkan supaya Datin Seri Rosmah Mansor pula hadit bagi membantu siasatan skandal anak syarikat 1MDB itu.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended