5 Jam Sahaja Rosmah di SPRM | EDISI MG JUN 2018
  • 5 years ago
Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor mengambil masa kira kira 5 jam dalam merakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd anak syarikat 1MDB hari ini.


Beliau yang tiba di SPRM bersama-sama 2 peguam sejak 10.45 pagi tadi meninggalkan ibu pejabat SPRM pukul 3.50 petang dan hanya melemparkan senyuman ketika diminta pengamal media untuk memberi kenyataan.


Terdahulu, saksi pertama siasatan kes SRC International Sdn Bhd iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke SPRM dan mengambil masa kira kira 12 jam memberi keterangan untuk membantu siasatan.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended