1MDB: Bekas Pegawai Khas Najib Direman Tujuh Hari | Edisi MG 25 Jun 2018
  • 5 years ago
Bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini ini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan terhadap skandal penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Individu berusia 42 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM jam 9.45 malam semalam selepas memberi keterangan dan dilihat tiba di perkarangan Mahkamah Majistret jam 9.15 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian lokap SPRM.

Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin menyatakan hasratnya mahu kembali kepada UMNO selepas tempoh hukuman penggantungan keahliannya berakhir dan akan berjuang bersama parti itu sebagai seorang pejuang.

Terdahulu, UMNO melucutkan keahlian Anina yang ketika itu ahli Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Padang Matsirat, Langkawi pada 1 September 2015 kerana tindakannya memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu perdana menteri.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membuka prosiding disiplin ke atas dua pegawai pasukan Jerman yang meluru ke bangku simpanan pasukan Sweden untuk meraikan kejayaan selepas penyandang juara itu meraih kemenangan minit akhir ke atas Sweden.

Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) kesal dengan insiden yang menjadi tular di media sosial itu dan memohon maaf kepada pasukan Sweden dan delegasinya.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended