Zahid Hamidi Ditahan SPRM Esok? | Edisi MG 17 Oktober 2018
  • 5 years ago
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka ditahan untuk disoal siasat di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 3 petang esok seperti diberitahu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dalam laman sosial Telegramnya.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga dikatakan akan didakwa keesokkan harinya iaitu hari Jumaat berkenaan siasatan ke atas dakwaan penyelewengan di Yayasan Akal Budi yang dipengerusikannya sebelum ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga di soal siasat pihak SPRM pada Jumaat lalu berlangsung selama lebih tujuh jam dan ia merupakan kali ketiga beliau dipanggil untuk dirakamkan keterangan.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended