Najib ke Mahkamah Lagi | Edisi MG 19 September 2018

  • 5 years ago
Edisi MG 19 September 2018

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 3 petang esok atas tuduhan salah guna kuasa, selain kaitan dengan kes ‘wang derma’ sebanyak RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata penahanan Datuk Seri Najib Razak dibuat kira-kira 4.13 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya dan SPRM juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan Datuk Seri Najib sebelum membawanya ke mahkamah esok bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.





Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainal Abidin mengesahkan wujud perbincangan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bergabung kira-kira dua bulan yang lalu selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diberi mandat untuk mengadakan pertemuan bersama parti itu.

Tambah Zahid Datuk Zahidi Zainal Abidin lagi, kesemua 51 Ahli Parlimen UMNO menandatangani akuan bersumpah memberi kuasa kepada presiden UMNO mengadakan pakatan baru dengan parti lain seperti mana yang dikatakan oleh Datuk Seri Nazri Aziz dan tidak menolak kemungkinan parti itu akan bekerjasama dengan parti komponan Pakatan Harapan.

UMNO melihat kesesuaian untuk bergabung dengan PPBM berbanding PKR atas sebab tujuan penubuhan parti dan atas tujuan menyelamatkan Melayu manakala perbincangan dengan PAS pula tidak berhasil kerana PAS dikatakan berbelah bagi.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi gambaran akan ada lebih kurang 18 Ahli Parlimen dari UMNO yang terdiri daripada pemimpin dari semua negeri akan keluar dari parti berkenaan.

Ahli Parlimen Arau itu walaubagaimanapun tidak meng iyakan sekiranya nama beliau turut tersenarai dalam kalangan pemimpin UMNO yang akan keluar parti dan menjelaskan setakat ini tiada pemimpin lain yang mengajaknya keluar parti dan beliau juga tidak pernah mengajak sesiapa dalam UMNO untuk keluar parti.

Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin turut mengesahkan terdapat khabar angin tersebut dan berkata akan ada anggota parlimen UMNO termasuk dari Sabah yang akan mengikuti langkah Datuk Seri Mustapa Mohamed (Parlimen Jeli) dan Datuk Seri Anifah Aman (Parlimen Kimanis) keluar parti.






Dua pegawai kanan iaitu pengarah urusan sebuah anak syarikat Felcra Berhad dan penasihat pembangunan perniagaan dan pemasaran strategik syarikat direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan dan pengagihan kontrak latihan bernilai RM4 juta.

SPRM menyerbu 10 lokasi secara serentak semalam termasuk ke atas pejabat anak syarikat Felcra di Setapak, lokasi lain di ibu negara serta lokasi-lokasi lain di Pantai Timur, Perak dan Lembah Klang dan menyita sejumlah dokumen yang berkaitan bagi membantu siasatan.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended