Keluarga Najib Tuntut Harta Rampasan | EDISI MG 29 JUN 2018
  • 5 years ago
Keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini memulakan proses undang-undang untuk menuntut semula barangan mereka yang dirampas polis bernilai antara RM900 juta dan RM1.1 bilion.


Tegas keluarga bekas perdana menteri itu lagi, barangan yang dirampas itu kebanyakannya adalah hadiah daripada rakan-rakan, kenamaan asing termasuk kerabat diraja dalam pelbagai majlis termasuk lawatan rasmi dan acara keluarga seperti sambutan hari jadi, ulang tahun dan majlis perkahwinan.


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mempertikai tindakan pihak polis yang membuat penilaian berdasarkan harga runcit dan pada harga semasa barangan tersebut sebagai tidak realistik, mungkin terlalu tinggi, yang akan memberikan gambaran menyimpang kerana barang-barang itu diterima sebagai hadiah sepanjang tempoh berpuluh tahun.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended