Najib tidak "Gentleman" - Mat Sabu | Edisi MG 31 Julai 2018
  • 5 years ago
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, menyifatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak 'gentleman' kerana mempertikaikan kemampuannya memegang jawatan yang baru dua bulan disandangnya itu.

Mohamad Sabu yang ditemui di lobi PArlimen hari ini mengkritik sindiran Datuk Seri Najib dan mancabar Datuk Seri Najib membangkitkan sindiran beliau semasa di dalam Dewan Rakyat supaya mereka boleh bertentang empat mata.

Beliau mengulas laporan media mengenai sindiran Datuk Seri Najib yang mempertikaikan kredibilitinya sebagai Menteri Pertahanan dengan menyifatkan beliau sebagai kartun dan 'joker' ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, baru-baru ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended