Jangan Tabir Negara Dengan Sosial Media - Rafidah Aziz

  • 5 years ago
Anggota Majlis Tindakan Ekonomi Rafidah Aziz menegur tindakan menteri yang gemar mengumumkan dasar negara melalui media sosial.

Katanya, negara tidak boleh ditadbir melalui media sosial seperti di Twitter dan Instagram.

“Negara tak ditadbir dengan Twitter dan media sosial. Bagi penjelasan boleh, tapi nak umum dasar janganlah melalui media sosial.

“Orang tak boleh nak faham. Alaa... 40 perkataan (untuk hantaran Twitter), mana nak boleh terang?

“Silap-silap tulis, orang tanya, apa bodoh sangat?” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Bicara Minda di Dewan Karangkraf, Shah Alam petang tadi.

Katanya, perkara tersebut pernah disuarakannya dalam satu ceramah khas kepada menteri yang dan timbalan menteri pada Disember tahun lalu.

Ceramah selama sejam yang turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad digunakan bagi berkongsi pengalamannya selama lebih 50 tahun.