'Bersatu Blackout juga tak amalkan penjarakan sosial, adakah mereka perlu dikuarantin_'
  • 4 years ago
Ahmad Maslan (BN-Pontian) hari ini mempersoalkan mengapa isu perlanggaran SOP hanya dibangkitkan untuk perhimpunan menyokong bekas perdana menteri Najib Razak di mahkamah semalam sedangkan perkara sama berlaku di acara Bersatu Blackout di Alor Setar, Kedah.

Ahmad Maslan bertanya adakah individu yang hadir di acara Bersatu tersebut pada 18 Julai lalu, termasuk Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir perlu dikuaratin sekiranya semua ahli politik yang hadir ke mahkamah semalam perlu dikuarantin.