'Jaga-jaga Bersatu, mereka masuk nak ambil alih tempat kamu!'
  • 5 years ago
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya berhati-hati dengan kemasukan pemimpin Umno ke parti itu.

Ini kerana, kata Ahmad Zahid, mereka dikatakan mempunyai niat untuk mengambil alih kepimpinan Bersatu berdasarkan pembacaan yang dikongsi WhatsApp.

Beliau berkata demikian dalam program dialog di ibu negara semalam.