Ambil alih tol dapat pastikan tempoh konsesi tak dilanjutkan
  • 5 years ago
Langkah kerajaan untuk membeli empat lebuh raya dapat memastikan tempoh konsesi tidak dilanjutkan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Ong Kian Ming.

Jelas Ong, pelanjutan tempoh konsesi sering dibincangkan oleh kerajaan lama sebagai pampasan bagi kenaikan tol berjadual.

"Mereka (kerajaan terdahulu) tidak mahu membayar syarikat konsesi tol kerana tidak membenarkan kenaikan tol, dan sebagai pertukaran, mereka melanjutkan konsesi selama 10 hingga 15 tahun," katanya.

Ong menegaskan bahawa cadangan pengambilalihan itu akan dibiayai dari kutipan kutipan tol dan tidak akan memberi implikasi kos kepada kerajaan sekarang.