Wee- Isu ambil alih perkhidmatan feri akan dibincang
  • 4 years ago
Kementerian Pengangkutan akan berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang sekiranya kerajaan negeri berhasrat untuk mengambil alih perkhidmatan feri di Pulau Pinang, kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Wee berkata kerajaan negeri pernah menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan pada 2015 mengenai hasrat untuk mengambil alih perkhidmatan feri.

Wee berkata kos operasi perkhidmatan feri di negeri itu menelan kos kira-kira RM20 hingga 25 juta setahun dan dalam tempoh peralihan, pihaknya meminta Penang Port Sdn Bhd (PPSB) mengambil alih perkhidmatan feri Pulau Pinang pada 1 Sept 2020.