Isu rakyat Malaysia ditipu kerja dibincang kabinet esok - Latiff

  • 2 years ago
Kerajaan akan membawa isu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara pada mesyuarat kabinet esok.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Latiff Ahmad memaklumkan, kerajaan amat memandang serius isu melibatkan penghambaan pekerjaan di beberapa negara Asean.