Kerja keras umpama esok PRU akan diadakan - Muhyiddin
  • 4 years ago
Muhyiddin Yassin mahu pucuk pimpinan dan ahli semua parti politik yang mendukung Perikatan Nasional (PN) bekerja keras seolah-olah akan menghadapi PRU dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu itu turut menegaskan kesemua mereka perlu bersepakat dan berbincang secara baik tanpa ada sifat dan perasaan cemburu untuk membentuk persefahaman sesama mereka.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun keempat Bersatu di Kuala Lumpur malam tadi yang dihadiri ahli parti itu dari seluruh negara, selain wakil parti dalam PN.
Recommended