500 ribu pekerja asing ditipu permit kerja - Tenaganita
  • 4 years ago
Tenaganita mempersoal kehilangan jutaan ringgit yang dikutip kerajaan sejak tahun 2016 dari pekerja asing yang tidak dikeluarkan permit kerja.

Pengarah kumpulan itu berkata "Program Rehiring" diadakan oleh Putrajaya tiga tahun lalu membolehkan pekerja asing tanpa izin dikeluarkan permit kerja yang sah, di mana tiga vendor rasmi telah mendaftar kira-kira 744,000 pekerja asing.

Pada akhir kempen pada bulan Jun 2018, hanya kira-kira 110,000 daripada mereka yang telah mendaftar menerima permit kerja.

"Kes-kes yang dikendalikan oleh Tenaganita menunjukkan bahawa setiap permohonan migran telah membayar purata RM6,000 kepada vendor," kata pengarah kumpulan Joseph Paul Malaimauv.

"Mereka yang tidak memperoleh izin kerja dan kehilangan semua wang yang telah mereka bayar dan dalam kebanyakan kes mereka juga kehilangan pasport mereka yang telah diserahkan kepada vendor," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Pada bulan Ogos tahun ini, kerajaan mengumumkan satu lagi program pengampunan semula "Back For Good", di mana pekerja tidak berdaftar boleh secara sukarela menyerah diri dan pulang ke rumah selepas membayar penalti sebanyak RM700.
Recommended