'Petronas sesuai ambil alih Sapura, saya yakin PM akan lakukan'
  • 2 years ago
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyatakan keyakinannya bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan menyelamatkan Sapura Energy Bhd yang berdepan kemelut kewangan menggunakan dana Petronas.

Jumaat lalu dalam debat bersama Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, bekas perdana menteri Najib Razak mencadangkan agar Petronas mengambil alih Sapura Energy untuk mengelak daripada syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu diisytihar muflis.