KJ persoal bayaran Petronas walaupun GST 'tidak disahkan'
  • 5 years ago
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mempersoalkan mengapa Petronas perlu membayar dividen bernilai RM54 bilion kepada kerajaan tahun ini apabila sejumlah besar daripada RM19 bilion tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak dapat disahkan.

Beliau berkata laporan audit yang dibentang tahun lepas menunjukkan bahawa segmen tuntutan GST belum disahkan sebagai tulen atau tidak.

Ketika ditanya mengenai tindak balas kerajaan terhadap tuduhan ini, Khairy berkata tidak ada jawapan yang jelas dibuat terutama ketika dibangkitkan di Parlimen.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa Petronas akan membuat dividen sebanyak RM54 bilion kepada kerajaan tahun ini, termasuk dividen khas sebanyak RM30 bilion.