Jangan ada meremehkan kontrak sosial orang melayu beri

  • 5 years ago
Prof Zainal Kling dalam ucapan pembukaan Kongres Maruah Melayu hari ini mengingatkan kontrak sosial "boleh digantung" jika ada pihak yang melanggarnya. Beliau yang merupakan ketua eksekutif sekretariat program itu berkata kontrak itu - yang dicapai ketika memberikan kerakyatan kepada orang bukan Melayu dahulu - adalah budi baik orang Melayu dan asas kepada negara ini. "Meskipun kita beri kerakyatan... Namun mereka sering langgar budi baik dan anugerah kita. Maka kerana ada ura-ura untuk rendahkan kontrak ini...Kita ingatkan dalam Al-Quran ada ayat yang membenarkan kita untuk menggantung perjanjian. "Maka barangkali orang Melayu terpaksa kembali kepada firman Allah ini seperti yang termaktub dalam surah At-Taubah," katanya ketika berucap di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini. Kontrak sosial merupakan persetujuan antara wakil dalam Parti Perikatan menjelang kemerdekaan tetapi ia bukanlah satu dokumen fizikal.