Polis, tentera akan kawal jarak sosial di pasar Selayang
  • 4 years ago
Kerajaan memutuskan untuk menghantar polis dan tentera bertugas mengawal dan menguatkuasakan langkah menjaga jarak sosial di pasar borong dan pasar basah Selayang.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata meskipun semalam amaran telah diberikan tetapi pengunjung masih tidak mematuhi langkah penjarakkan sosial itu.

"Masih lagi bersesak-sesak tak ikut, tak patuh SOP tentang penjarakkan fizikal satu meter dan sebagainya.

"Keputusan mesyuarat kita letakkan polis dan tentera untuk pastikan kepatuhan di pasar borong dan pasar basah Selayang," tegas beliau pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.