Negara bergerak ke belakang - Rafidah kecewa isu ahli parlimen terajui GLC
  • 4 years ago
Bekas menteri Rafidah Aziz menyatakan kekecewaannya dengan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk melantik ahli-ahli parlimen mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dalam kiriman di Facebooknya hari ini, dengan pengumuman terbaru di tengah-tengah pandemik Covid-19 itu, Rafidah berkata negara sedang bergerak ke belakang.

"Jelas sekali, 'gear undur' telah dimasukkan dan di sini negara sedang bergerak ke belakang.

Katanya lagi, semasa pandemik global Covid-19 yang sangat serius, wakil kerajaan bercakap mengenai jawatan yang selesa untuk semua orang di dalam kumpulan mereka.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata ahli parlimen yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan ketika ini akan diberi tanggungjawab untuk GLC.