Protes depan Parlimen kerana kecewa Belanjawan 2020 tidak sentuh golongan mahasiswa
  • 4 years ago
Gerakan Desak Janji Pakatan Harapan (DESAK) bersama dengan beberapa barisan mahasiswa dari kampus turun ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum (PRU-14) melalui pelaksanaan Belanjawan 2020.

Memorandum itu diserahkan kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Yang Berhormat Dato' Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man.