KJ: Kerjasama BN-PAS berterusan di Semenyih

  • 5 years ago
Bekas Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin menegaskan kerjasama diantara Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih berterusan kesinambungan daripada PRK Cameron Highlands.

Sementara itu mengulas mengenai jentera Umno dan PAS dalam kempen pilihan raya kali ini, Khairy berkata ia tidak menjadi isu kerana di peringkat akar umbi ia berjalan lancar.

Malah katanya, pada peringkat kepimpinan pula sedang diatur program ceramah membabitkan pemimpin utama kedua-dua parti.