KJ mahu BN hatrik di Rantau

  • 5 years ago
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu pilihan raya kecil (PRK) Rantau yang akan ditandingi timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mencatatkan kemenangan hatrik atau yang ketiga buat BN.

PRK Rantau merupakan PRK ketujuh selepas pilihan raya umum (PRU) tahun lalu.

PH menang empat PRK, sementara BN mencatat kemenangan berturut-turut dalam dua PRK sebelum ini iaitu di Cameron Highlands dan Semenyih.