BN batal kerjasama dengan Bersatu di Melaka
  • 4 years ago
BN Melaka membatalkan kerjasama dengan dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bersatu - Mohd Rafiq Naizamohidee (Paya Rumput) dan Noor Effandi Ahmad (Teluk Mas).

Bagaimanapun BN masih selamat dengan sokongan 15 Adun, termasuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Muhammad Jailani Khamis (Rembia) yang melompat daripada DAP dan PKR.

BN masih cukup untuk membentuk kerajaan dengan majoriti satu kerusi

Bercakap pada sidang media hari ini, ketua BN Melaka Abd Rauf Yusoh berkata mereka telah menjemput Rafiq dan Noor Effandi untuk bertemu dan membincangkan kerjasama baru susulan pengumuman keluar Bersatu dari Pakatan Harapan minggu lepas.

Bagaimanapun, Rauf menjelaskan sehingga hari ini, mereka gagal bertemu dengan wakil Bersatu terbabit.

"Ini menyebabkan BN Melaka telah hilang kepercayaan untuk menjalankan kerjasama ini," katanya
Recommended