BN akan kerjasama dengan parti lain jika tak dapat majoriti mudah
  • 2 years ago
Sebarang bentuk kerjasama di antara Barisan Nasional bersama parti lain hanya akan ditentukan selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, bentuk kerjasama itu hanya terjadi sekiranya BN gagal memenangi majoriti mudah dalam PRU15.

Terdahulu, penganalisis politik Dr. Azmi Hassan yang menjangka BN mampu meraih kemenangan 80 hingga 85 kerusi Parlimen di Semenanjung dan ia masih tidak mencukupi untuk BN mendapatkan majoriti mudah 112 kerusi.