'Kerjasama PAS-Bersatu strategi salah? Itu pandangan Khairuddin'

  • 2 years ago
Kenyataan bekas pemimpin PAS, Mohd. Khairuddin Aman Razali bahawa kerjasama parti itu dengan Bersatu sebagai strategi yang salah adalah pandangan peribadi tanpa melihat konteks keseluruhan.

Naib Presidennya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut menyifatkan pandangan Khairuddin tidak menggambarkan realiti sebenar penerimaan di akar umbi.

Khairuddin sebelum ini dilaporkan berkata, langkah Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjalinkan kerjasama dengan Bersatu adalah strategi salah kerana sepatutnya kerjasama itu dibuat dengan UMNO.

Sumber video: https://www.facebook.com/DrAhmadSamsuri/videos/1162844014446306