Zakaria calon BN di Semenyih
  • 5 years ago
BN mempertaruhkan bekas pegawai pentadbir Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai calon mereka dalam usaha pembangkang merampas kerusi Dewan Undangan Negeri Semenyih.

Zakaria Hanafi, 58, yang juga orang tempatan itu dipilih daripada enam nama yang disenarai pendek dikemukakan Umno Hulu Langat.

Mengumumkan nama Zakaria, Pemangku Pengerusi BN, Mohamad Hasan menggesa pengundi di Semenyih menjadikan PRK berkenaan sebagai referendum mereka terhadap prestasi yang ditunjukkan kerajaan PH.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi.

Zakaria berkhidmat di UKM di antara 2005 hingga 2016.

Beliau memiliki ijazah Sarjana Muda Pembangunan dari universiti sama pada 2001.