‘Calon PH tidak besar macam calon BN’
  • 5 years ago
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram dipilih bertanding semula pada PRK tersebut berikutan dinafikan hak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lepas.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata beliau berpegang kepada prinsip keadilan iaitu calon yang layak harus dibenarkan bertanding untuk menjadi wakil rakyat.

“Kita dapati bahawa calon dulu adalah orang tertentu kerana penipuan maka dia kalah.

Sekarang didapati (keputusan) PRU di kawasan itu dibatalkan dan diadakan PRK untuk menentukan siapa sebenarnya yang patut jadi wakil rakyat di situ. Jadi orang yang lama diletakkan di situ.

"Kita pegang kepada prinsip, takkan dia lawan dengan bekas Menteri Besar, calon PH tidak besar macam calon BN. Kita terpaksa juga letak calon yang lama,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.