Jangan sabotaj dasar kerajaan, kata Lim pada senator BN

  • 6 years ago
Pembangkang khususnya senator di Dewan Negara dinasihatkan untuk tidak mensabotaj pelaksanaan dasar Kerajaan demi kepentingan politik.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata tidak wajar untuk pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)ditunda hanya kerana ia tidak diluluskan.

Katanya, jika SST tidak boleh dilaksanakan 1 September ini kerajaan akan menghadapi masalah kewangan.

"Jika pelaksanaan SST tidak dapat dilakukan seperti yang dijadualkan, ia akan memberi impak kepada kewangan negara.

"Saya rasa ia tidak wajar kerana kutipan SST akan memberi impak kepada keadaan fiskal kewangan negara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kepada kemungkinan Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan 2018 tidak diluluskan di peringkat Dewan Negara.

Recommended