Tun M mahu 'control' dasar negara walaupun tidak jadi PM, kata Najib
  • 8 years ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui Tun Dr Mahathir merupakan mentornya, namun mendedahkan sifat bekas perdana menteri itu yang mahu mengawal keputusan dasar-dasar negara walaupun tidak menjadi Perdana Menteri.

Oleh kerana mahu menentukan kepimpinan sendiri, Najib berkata Dr Mahathir tidak senang hati dengannya kerana sejarah membuktikan bekas perdana menteri itu telah menyingkirkan ramai pemimpin dalam kerajaan sejak dulu lagi.

Najib berkata demikian, yang dalam rangka lawatan ke ibu negara Indonesia, kepada stesen televisyen Indonesia Metro TV.