Kita tidak mahu pemimpin songsang pimpin negara - Jamal

  • 5 years ago
Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos mempertikaikan siasatan polis terhadap video seks sejenis yang didakwa mirip seorang menteri yang tular di media sosial baru-baru ini.

Kata Jamal, rakyat tidak mahu tahu agenda dalaman kem politik peringkat tertinggi PKR.

Malah katanya, mereka tidak mahu negara dipimpin oleh pemimpin yang songsang.

Jamal berkata demikian ketika berucap dalam pada perasmian mesyuarat perwakilan Umno Sungai Besar hari ini.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada 18 Julai lalu mengesahkan klip video itu sebagai tulen berdasarkan analisis Cybersecurity Malaysia, namun proses pengecaman wajah adalah "negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan".

Azmin dituduh merupakan salah seorang individu yang dipaparkan dalam klip video seks sejenis itu. Tuduhan itu dilontarkan oleh bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Hazir Abdullah Abdul Aziz.

Haziq mengaku dirinya merupakan salah seorang individu dalam klip video itu, sementara Azmin menyifatkan tuduhan terhadapnya adalah "plot jahat" dari dalam parti untuk menjatuhkan kerjaya politiknya.