'Mahu 'Save Kelantan'? Kena selamatkan dengan dasar-dasar Islam'

  • 2 years ago
Exco Kelantan Mohd Nassuruddin Daud berkata negeri itu hanya boleh 'diselamatkan' dengan berpandukan kepada dasar-dasar Islam.

AJK PAS Pusat itu berkata demikian bagi mengulas gerakan kerjasama oleh Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bersama parti-parti PH untuk menawan Kelantan pada PRU15.

Bercakap dalam sebuah majlis Hari Raya di Kota Bharu malam tadi, beliau menyeru mereka yang terlibat dalam gerakan tersebut agar tidak menjadi 'pak turut' kepada pemimpin yang tidak mempunyai pendirian yang tetap.

Sumber: https://www.facebook.com/paspusat/videos/1223154808493705