'Saya tidak rasa gundah walaupun tidak jadi PM8' - Anwar

  • 4 years ago
Anwar berkata, komponen PH tetap terikat dengan janji kepada rakyat dan mereka yang memungkiri serta mengkhianati janji itu, dianggap tidak telus dan jujur dalam perjuangan.

Menurutnya, PH bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sama ada di kalangan rakyat, Dewan Rakyat atau pun berdepan pilihan raya umum.

"Kita sebagai parti tetap pertahankan Islam, bangsa Melayu dan merangkul semua kaum dan suku lain di negara ini.

"Saya harap ini jelas walaupun ia bermakna mengorbankan kedudukan dan tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang diuar-uarkan sekian lama.

"Saya tidak gundah kerana saya rasa perjuangan politik ini, etika dan moral mengatasi bukan pengkhianatan," katanya.