'Saya tak akan lari' - Peja tidak gentar berdepan Anwar di Tambun
  • last year
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ahmad Faizal Azumu tidak gentar meskipun berdepan dengan Presiden PKR, yang akan bertanding di parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Menurutnya, sebagai negara mengamalkan demokrasi beliau sedia berdepan dengan sesiapa sahaja.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kesediaannya bagi mendepani Anwar yang menjadi calon di Tambun.