'Adakah Ka Siong buat cabaran kosong bahas dasar kabotaj?' - tanya Lim

  • 3 years ago
Selepas lima hari cabaran berdebat mengenai dasar kabotaj negara dibuat di Dewan Rakyat, Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong yang dilihat masih lagi 'membisu' mengenai perkara itu.

Ahli Parlimen Bagan itu memaklumkan, sehingga hari ini Ka Siong masih tidak memberikan sebarang perkembangan, meskipun beliau telah menerima cabaran untuk berdebat.