Kerajaan baru, jangan semata-mata nak pinda, kata Najib

  • 6 years ago
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berharap kerajaan baru tidak membuat pindaan terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Model Ekonomi Baru (MEB) semata-mata kerana mahu berbuat demikian.

Menurutnya, sebarang perubahan yang ingin dilakukan perlu membawa kepada penambahbaikan daripada apa yang telah dilakukan kerajaan sebelum ini.

"Saya berharap kerajaan baru tidak akan membuat pindaan semata-mata nak buat pindaan tetapi kalau nak lakukan pindaan, ia semestinya membawa kepada sesuatu penambahbaikan daripada apa yang kita telah lakukan.

"Kalau timbul ketidaktentuan, maka ini boleh menjejaskan keyakinan pasaran kepada ekonomi Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ia sebagai mengulas soalan berhubung hasrat kerajaan yang mahu mengkaji semula DEB dan MEB bagi melihat sama ada dasar-dasar berkenaan masih relevan atau sebaliknya.

Recommended