Saifuddin ikrar teruskan dasar dan program KKMM kerajaan terdahulu

  • 4 years ago
Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu Datuk Saifuddin Abdullah berkata dasar dan program KKMM yang telah dilaksanakan atau sedang dirangka akan diteruskan bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, di samping beberapa penambahbaikan atau pendekatan baharu akan juga dilaksanakan.

"Pada masa yang sama, misi kementerian yang sedia ada akan diteruskan," katanya.

Beliau berkata misi pengukuhan masyarakat yang bermaklumat, terhubung dan berdaya maju menerusi penerangan, penyiaran dan informasi yang berkualiti, berkesan dan berintegriti akan diteruskan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di kementeriannya di sini, hari ini.