Dr M kata kerajaan terdahulu dapat konsultan GST tidak bertauliah

  • 5 years ago
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Parlimen hari ini, dengan berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata hasil atau "shortfall" yang agak rendah adalah normal kerana sistem cukai hanya diperkenalkan tahun lepas.


"Kekurangan ini bukan kerana SST adalah sistem yang salah.

"Memang, apabila cukai baru diperkenalkan, pada mulanya, akan ada kekurangan kerana pelarasan yang perlu dibuat oleh pegawai dan mereka yang membayar cukai.