Lobi parlimen dicemari perkataan 'bodoh, bangang, lanun, sombong' oleh dua pemimpin BN

  • 4 years ago
Ahli parlimen Kuala Kurau Datuk Ismail Mohamed Said tidak berpuas hati dengan Ahli Parlimen Pasir Salak yang didakwa telah mengviral-kan gambar beberapa ahli politik yang menziarahi anaknya yang terlantar sakit dihospital Insitut Kanser Negara.

Ismail marah kepada Tajuddin kerana gambar itu dijadikan isu yang tular yang mendakwa Ismail mengadakan pakatan menyokong seseorang pemimpin yang lain.

Kejadian itu berlaku beberapa minit di luar lobi diperhatikan ahli parlimen dan media.

Insiden yang hampir mencetuskan pergaduhan fizikal dihalang oleh pengawal keselamatan parlimen.