'Kerajaan baru Sabah akan dapat sokongan padu kerajaan pusat'
  • 4 years ago
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan kepada rakyat Sabah kerana telah memilih wakil rakyat dari parti Gerakan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk kerajaan baru negeri itu.

Dalam sidang tengan malam tadi, Muhyiddin memberi jaminan kerajaan baru Sabah itu akan mendapat sokongan padu kerajaan pusat pimpinannya.

Jelasnya, beliau berjanji akan menunaikan segala janji yang telah diberikan kepada rakyat Sabah ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung.

Katanya, Sabah akan menjadi sebuah negeri yang cemerlang di bawah kerajaan baru pimpinan GRS.