Beri sokongan padu kepada semua warga KKM - Lee Boon Chye
  • 4 years ago
Mantan Timbalan Menteri Kesihatan, Lee Boon Chye menyeru rakyat Malaysia memberi sokongan dan kerjasama yang penuh kepada semua warga Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut ahli parlimen Gopeng itu, Kementerian Kesihatan mempunyai pasukan yang berupaya dan professional walaupun mengalami beberapa sekatan sumber yang sedia ada.

"Mereka sedang menghadapi cabaran yang besar, tekanan kerja dan juga risiko semasa menjalani tugas mereka,"

"Jadi sokongan dan fahaman rakyat Malaysia kepada warga KKM adalah penting untuk kita bersama-sama mereka menangani masalah Covid-19 ini", katanya dalam satu sidang media mengenai perintah kawalan pergerakan yang diumumkan semalam.