'Kedudukan Aminuddin sebagai MB N9 kekal, semua sokong padu' - Anwar

  • 3 years ago
Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata konsensus dicapai berhubung kedudukan pengerusi majlis pimpinan negeri (MPN) Negeri Sembilan itu yang menurutnya masih lagi padu.

Kata Anwar, kedudukan Aminuddin Harun bukanlah isu berbangkit, sebaliknya adalah gesaan agar menteri besar terbabit memberikan perhatian kepada keperluan parti “mengukuhkan jentera” sebagai menghadapi pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Aminuddin selepas pertemuan MPN PKR Negeri Sembilan di kediaman rasmi menteri besar Negeri Sembilan tadi.

Recommended