Semua 43 MP BN sebulat suara sokong kerajaan PN - Annuar Musa
  • 3 years ago
Ahli parlimen Ketereh, Annuar Musa hari ini mengesahkan kesemua 43 ahli parlimen Barisan Nasional sebulat suara akan menyokong kerajaan Perikatan Nasional dalam pembentangan Belanjawan 2021 akan datang.

Terdahulu Annuar berkata, cadangan Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (Confidence and Supply Agreement) oleh pihak pembangkang turut dibincangkan dalam mesyuarat ahli parlimen BN hari ini namun tiada sebarang keputusan dibuat.